Friday, 13 January 2012 0 comments

PATUTLAH PAS HARAMKAN AHLINYA BELI UTUSAN

UTUSAN MELAMPAUI BATAS !
PATUTLAH PAS HARAMKAN AHLINYA BELI UTUSAN MALAYSIA !

SEKARANG AKU NAMPAK SEBAB MENGAPA PAS HARAMKAN AHLINYA MEMBELI UTUSAN MALAYSIA. MEMBELILAH..MEMBACA MUNGKIN HARUS KOT.

HARI INI UM SEKALI LAGI MENYEBARKAN FITNAH YANG KETERLALUAN. KALI INI TERHADAP MUSLIMAT PAS PULAK.

UM KATA MUSLIMAT PAS BERKELAKUAN TIDAK WAJAR, TIDAK BERADAP SEMASA DEMO PERTAHANKAN NUAR BARU BARU NI.

PERKATAAN YANG SEDANG POPULAR DAN JADI SUNNAH NIK AZIZ SEKARANG NI IALAH TIDAK SENONOH.

WALAUPUN UM MENYIARKAN GAMBAR GAMBAR YANG BERKAITAN NAMUN AKU YAKIN ' KUMPULAN ' TERSEBUT BUKAN MUSLIMAT PAS.

MEREKA MUNGKIN PEREMPUAN UPAHAN PERKASA ATAU UMNO.
MANA MUNGKIN ' MUSLIMAT' YANG DIAJAR DAN DIDIDIK DENGAN AKHLAK NIK AZIZ AKAN TERKINJA KINJA.

KEADAANNYA LEBIH KURANG SAMA DENGAN REMAJA TERKINJA KINJA DI KONSERTLAH. ADA YANG AKU TENGOK LEBIH BERSEMANGAT DARIPADA PESERTA LELAKI.
Thursday, 13 October 2011 0 comments

Manusia, Malaikat & Syaitan


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan sola...t subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.

*Bkn artikel brantai ea..^^, .. Silalah Share utk kwn2 yg lain..:)
See More
Tuesday, 11 October 2011 0 comments

Banner oh banner

Betulkah banner ini di pasang oleh penduduk Kg Syed Omar, Bintong.. Adakah benar ianya mewakili suara penduduk kg tersebut.. Atau ia sekadar satu provokasi pihak tertentu.. Kalau benar ini suara penduduk mengapa banner itu tidak di pasang di tempat tumpuan penduduk.. Mengapa tidak di pasang di jalan masuk utama ke kg tersebut... Mengapa tidak di pasang di dewan orang ramai kg tersebut... Mengapa tidak di pasang di rumah pengerusi jkkk kg tersebut.. Mengapa tidak di pasang di rumah ketua umno cawangan yg dipilih oleh ahli2 umno di cawangan.. Mengapa banner tersebut di pasang di rumah seorang penduduk yg letaknya di belakang kg tersebut.. Sama2 lah kita fikir dan renungkan
Tuesday, 4 October 2011 0 comments

ADUN Johol Meninggal

ADUN Johol, Negeri Sembilan, Datuk Roslan Md Yusof, meninggal dunia jam 4 pagi tadi di di Hospital Tunku Ampuan Najihah Kuala Pilah dipercayai akibat komplikasi paru-paru.

Allahyarham, yang berusia 58 tahun, dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas semalam.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Zawayah Marzuki, 53, dan lapan orang anak, tiga lelaki dan lima perempuan berumur 28 hingga 17 tahun.

Roslan, seorang bekas guru yang mewakili BN mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol pada pilihan raya umum 2004.

Pada pilihan raya umum 2008, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah itu mengalahkan calon PAS, Kamarudin Md Tahir dengan majoriti 1,263 undi.

Tidak ada pilihan raya kecil akan diadakan kerana Dewan Undangan Negeri telah melalui tempoh dua pertiga daripada penggalnya. Maka, kekosongan kerusi di Johol hanya akan diisi pada pilihan raya umum akan datang.
 
;